Tempah Datang Standalone Dual RFID/QR Scanner

Salam dan hai,
Datang Standalone Dual RFID/QR Scanner adalah produk terbaru yang bakal membantu anda semua dalam merekodkan kehadiran dan pergerakan staf atau pelajar anda.
Scanner ini boleh mengimbas kad QR! Scanner ini boleh mengimbas kad RFID! Dwifungsi dalam satu peranti!
Scanner ini dibangunkan khas untuk digunakan dengan Datang.my. Anda boleh gunakan sistem ini dengan MyKad, Touch n' Go, kad/tag RFID, Attendance Card Datang.my dan banyak lagi. Scanner ini boleh dipasang di mana-mana tempat yang anda rasa perlu asalkan ada sambungan Internet. Anda boleh ada banyak scanner setiap tempat, mempercepatkan proses mencatat kehadiran masuk dan keluar.
Scanner ini boleh berfungsi standalone tanpa memerlukan phone untuk disambung ke Datang.my. Anda juga tidak memerlukan komputer berfungsi 24 jam untuk menggunakan scanner ini. Bezanya dengan penggunaan aplikasi mudah alih Datang Reader, scanner ini tidak boleh bersambung dengan thermometer. Sesuai untuk penggunaan yang tidak memerlukan untuk merekod suhu.
Apa situasi yang sesuai menggunakan Datang Standalone Dual RFID/QR Scanner:
- Punch card/Clock in/Clock out
- Rekod kehadiran/pergerakan pelajar ke kantin/dewan makan/tandas/kelas/bilik khas
Apa yang anda akan dapat dengan pembelian ini:
- Datang Standalone Dual RFID/QR Scanner
- USB RFID Reader (Digunakan untuk memasukkan ID kad RFID ke dalam dashboard Datang.my)
- Sokongan dari kami
- Warranty selama 1 tahun (1 to 1 exchange, terhad pada kerosakan dari pengilang sahaja)
* Cable Micro-USB dan LAN tidak disediakan.
Boleh bersambung dengan thermometer?
Tidak.
Ada variasi ke Scanner ini?
Ada. Kita ada dua model, bergantung kepada frekuensi kad yang ingin digunakan. Harga kedua-duanya adalah sama.
- ID card 125 Khz - Lebih kepada kad akses yang digunakan di sistem access control/magnetic door lock
- IC card 13.56 Mhz - Lebih kepada kad pintar yang lebih mahal sedikit seperti Touch n' Go, MyKad, kad debit/kredit, NFC tag/sticker dan lain-lain.
Boleh confirmkan dahulu jenis kad yang sedia ada sebelum tempah.
Apa cara sambungan ke Internet?
Sambungan ke Internet menggunakan kabel LAN. Power menggunakan 5v Micro-USB/12v DC.
Adakah scanner ini menyokong Power-over-Ethernet?
Tidak, tetapi boleh tambah adapter dengan tambahan RM 40.
Ada servis pemasangan?
Ada, boleh tick untuk perlukan servis pemasangan dan kami akan hubungi anda. Harga diberikan berdasarkan case-by-case basis.
Ada had untuk setiap tempat menggunakan Scanner ini?
Tiada. Setiap tempat boleh ada sebanyak boleh Scanner yang perlu.
Berapa harga Datang Standalone Dual RFID/QR Scanner ini?
Kami jual dengan harga yang amat berpatutan.
- 1 unit RM 500
- 3 unit RM 1350 (RM 450/unit)
- 5 unit RM 2000 (RM 400/unit)
Lepas bayar bila boleh dapat?
3-14 hari selepas pembayaran dibuat, bergantung kepada lokasi. Kita akan guna penghantaran paling cepat dan paling mahal yang available di tempat anda. Kami sedang menunggu stock, jadi penghantaran adalah lambat sedikit.
Ada support dari kami?
Kami akan menjawab segala persoalan yang ditanyakan oleh anda 24/7 di kumpulan Facebook dan Telegram Pengguna Datang.my.
Boleh bayar guna Purchase Order/ Local Order (PO/LO)?
Boleh! Sila scroll ke bawah dan pilih cara pembayaran Purchase Order/Local Order (PO/LO).
Ada stok lagi ke?
First come first serve.
Self-pickup dekat mana?
03-01, Kenwingston Square Garden, Persiaran Bestari, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Waktu operasi: 9 AM - 10 PM setiap hari (Kalau datang weekend mohon call Zaki di +60 11-1010 8208 sebelum datang)